Hari Pemilihan Induk Intake Jun 2026 telah berlangsung dengan jayanya

Program & Acara2 min bacaan

MAJLIS PERASMIAN HARI PEMILIHAN INDUK INTAKE JUN 2026

Alhamdulillah, Majlis Perasmian Hari Pemilihan Induk Intake Jun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Zulkiflee Bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Taboh Naning.

Pihak Bebiri World merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk atas kesudian hadir serta menyempurnakan majlis ini. Kehadiran beliau merupakan satu penghormatan kepada pihak penganjur serta memberi makna yang besar kepada penganjuran Hari Pemilihan Induk Intake Jun 2026.

Program ini turut menghimpunkan SmartBreeder dari pelbagai daerah di seluruh Malaysia serta luar negara bagi menyertai sesi pemilihan induk yang berlangsung sepanjang program.

MAJLIS CABUTAN BERTUAH SEMPENA HARI PEMILIHAN INDUK INTAKE JUN 2026
Pada sebelah petang, Majlis Cabutan Bertuah sempena Hari Pemilihan Induk Intake Jun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para SmartBreeder.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan. Pihak Bebiri World turut merakamkan penghargaan kepada semua SmartBreeder, pengunjung, rakan strategik serta seluruh warga kerja yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga penganjuran Hari Pemilihan Induk akan terus menjadi platform yang mengeratkan hubungan antara Bebiri World dan komuniti SmartBreeder, di samping menyokong usaha memperkasakan industri penternakan bebiri di Malaysia.

Berminat nak menternak?
Tapi TIADA MASA?
TIADA TEMPAT?
TIADA PENGALAMAN?
Kami di Bebiri World akan bantu anda!

Kembali ke Laman Buletin

Ikuti Perkembangan Kami

Ada soalan tentang pakej menternak atau program kami? Hubungi kami.