BATU PAHAT, 01 MAC 2026,
Program Jelajah Sahur Bebiri World dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam Hospital Sultanah Nora Ismail telah berlangsung dengan penuh rasa syukur dan kebersamaan.
Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada barisan kakitangan perubatan serta orang awam yang berada di hospital, sama ada sedang bertugas atau setia menjaga ahli keluarga tersayang.
Kami faham, mungkin ada yang tidak sempat menyediakan juadah sahur…
Jadi Bebiri World mengambil peluang untuk berkongsi rezeki melalui agihan pack juadah sahur dan sedikit cenderahati sebagai tanda ingatan.
Semoga setiap bungkusan yang diberi menjadi asbab kebaikan, mengukir senyuman dan menambah semangat mereka yang berkhidmat tanpa mengira waktu 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.
Dan semoga Allah lembutkan hati kita untuk tidak menunggu esok,
untuk berbuat baik hari ini.
Melalui pakej menternak di Bebiri World,
anda bukan sahaja membuka peluang untuk menternak dan jana pendapatan,
tetapi turut membuka ruang untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Sebahagian daripada pembelian pakej akan disalurkan ke program-program amal Bebiri World sepanjang bulan Ramadan.
Jika bukan sekarang, bila lagi?
Jika bukan kita, siapa lagi?
Jom mulakan langkah pertama bersama Bebiri World.
SUMBER:


