MERSING, 11 JUN 2026,
Alhamdulillah, pihak Bebiri World berpeluang menyertai lawatan ke kawasan pengusaha penanaman rumput Humidicola di TKPM Penyabung, Mersing bersama pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Lawatan ini bertujuan untuk menambah ilmu dan pendedahan berkaitan pengurusan padang ragut serta potensi penggunaan rumput Humidicola sebagai sumber makanan ternakan yang berkualiti dan mampan.
Melalui sesi tinjauan ini, kami dapat melihat sendiri perkembangan tanaman, kaedah pengurusan, nilai pemakanan serta potensi hasil yang boleh dimanfaatkan dalam industri penternakan biri-biri di Malaysia.
Terima kasih kepada pihak JPV dan semua yang terlibat atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat.
Semoga usaha ini menjadi satu langkah ke arah memperkukuhkan sektor penternakan negara dan meningkatkan kecekapan pengeluaran makanan ternakan pada masa hadapan.
Berminat nak menternak?
Kami di Bebiri World akan bantu anda!
SUMBER:


