Menang Axia
PEMBELIAN BARU
telah membeli

Betul Ke Orang Bandar Boleh Menternak Biri-Biri?

Apa Yang Kami Buat?

Kepakaran kami adalah membantu orang bandar yang ingin menternak biri-biri tetapi TIADA TANAHKANDANGPENGALAMAN dan MASA. Dengan hanya menternak di BEBIRI WORLD, anda boleh memiliki baka pedaging premium Blackhead Dorper, Australian White  dan Santa Ines (tiada lagi kemasukan) tanpa perlu anda sendiri yang jaga dari lahir sehingga penjualan.

Baka Ternakan

SANTA INES

  • Berasal dari Brazil dan agak sukar diperoleh di Malaysia kerana tidak ramai penternak yang memilikinya.
 
  • Baka jenis ini cepat membiak dan membesar hingga beratnya mampu mencapai purata 100-160kg untuk seekor jantan, manakala betina boleh mencapai 60-120kg.
 
  • Baka ini terkenal dengan sifat pandai menjaga anaknya sendiri dan tahan lasak sehingga sukar menghidap penyakit, seperti sakit kembung perut, demam selsema dan penyakit lain.
  • Dagingnya berkualiti tinggi, kurang lemak, sedap dimasak apa sahaja.
    Baka ini badannya panjang dan mantap serta kulitnya nipis. Jarang ada yang kurus kecuali penternak yang kurang memberikan makanan kepadanya.
 
  • Baka ini juga mudah dijaga kerana tidak mempunyai bulu yang selalunya menjadi sarang kepada serangga dan parasit. Kini induk Santa Ines mampu mencapai harga beribu ringgit dan ramai orang sedang berusaha mencari baka ini untuk tujuan pembiakan dan kacukan.

Baka Ternakan

BLACKHEAD DORPER

  • Baka ini berasal dari Afrika Selatan dan telah dibiakkan sejak tahun 1900 melalui gabungan baka biri-biri Persian betina dan Dorset Horn jantan, menghasilkan baka Dorper.
 
  • Dengan kadar kembar yang tinggi, biri-biri ini dapat melahirkan setiap 8 bulan. Pengurusan yang baik boleh meningkatkan kadar kelahiran melebihi 150%.
 
  • Anak baka tulen Dorper boleh mencapai berat badan 30-35 kg dalam tempoh 3-4 bulan, dengan pemakanan yang berkualiti
  • Baka ini terkenal sebagai pedaging terbaik di dunia. Ia sesuai dengan pelbagai iklim, mempunyai kadar kembar yang tinggi, menghasilkan susu banyak, dan memberikan karkas berkualiti tinggi dengan lemak yang serata dalam daging. Ciri-ciri ini menjadikan karkas mencapai Gred Super di pasaran.
 
  • Dorper memerlukan makanan dari dedak dan pastura secara optimum, dengan kadar kematian rendah. Ia juga mempunyai imuniti tinggi terhadap penyakit, kadar kesuburan tinggi, dan banyak anak dapat dipasarkan.

Hadis Sahih Bukhari Jilid. 1 Hadis Nombor 0014.

Dari Abu Sa’id Al. Khudri r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda:

“Akan datang suatu masa, di mana sebaik-baik harta orang islam ialah kambing (biri-biri). Dia gembala di puncak-puncak bukit dan di tempat-tempat air hujan berkumpul (lembah-lembah). Dia memencil (dari orang ramai) untuk menjaga agamanya dari bencana.”

Apakah Itu Pawah Moden?

Pawah adalah kami yang jagakan ternakan anda.

Sistem pawah moden di BEBIRI WORLD memudahkan orang bandar memiliki ternakan tanpa perlu bersusah payah mengurus sendiri. Ternakan anda akan dijaga oleh pasukan profesional yang berpengalaman dalam pengurusan ternakan. 

Selain itu, anda juga boleh memantau status terkini ternakan melalui sistem website dan boleh juga secara manual dengan menghubungi bahagian Hal Ehwal Ternakan (HET) BEBIRI WORLD. 

Menariknya, anda mempunyai 2 bentuk pilihan untuk memperoleh hasil. Pertamanya, anda boleh guna pakai sendiri. Seterusnya, anda boleh mendapatkan hasil dalam bentuk wang ringgit dengan menjual ternakan biri-biri anda. 

Dengan penternakan ini, anda dapat menyimpan aset ternakan untuk bekalan bahan mentah masa kini dan juga masa hadapan.

Kenapa Sistem Pawah Moden Kami Berbeza?

Di BEBIRI WORLD, kami tidak hanya menjaga biri-biri, tetapi kami memastikan anda mendapat pengalaman terbaik dalam pembelaan ternakan. 

Penjagaan Biri-Biri Professional

Dipantau oleh pakar ternakan yang berpengalaman

Pemantauan Kesihatan Harian

Biri-biri anda akan diperiksa secara berkala untuk memastikan mereka sentiasa sihat.

Laporan Berkala

Anda akan menerima laporan berkala tentang perkembangan dan kesihatan biri-Biri anda.

Kos Yang Berpatutan

Pakej kami direka untuk memenuhi keperluan dan bajet anda

Pakej: AL-KABSY

(Kemasukan JUN 2026)

Pakej kombo dimana anda tidak perlu fikir apa-apa tentang caj/komitmen untuk penerimaan setiap tahun (9 ekor jantan selama dalam perjanjian) dan juga boleh membiak dengan banyak dengan memiliki 1 induk sendiri.
Secara ringkasnya, pakej Al-Kabsy menawarkan peluang memiliki ternakan 9 ekor biri-biri jantan & 1 betina selama 10 tahun dengan segala kos pengurusan jantan ditanggung percuma oleh Bebiri World, manakala kos pengurusan betina serendah RM1.50 sehari/seekor (wajib) serta kos insurans RM350/setahun/seekor (pilihan).

Penternak dijamin akan menerima sekurang-kurangnya 1 ekor biri-biri setiap tahun sehinggalah menerima 9 ekor biri-biri jantan dan 1 ekor biri-biri anak betina yang boleh dijadikan induk setelah dewasa sepanjang tempoh ini. Kelahiran dari induk sendiri tersebut boleh dikembangbiak lagi (infiniti) dan hasilnya terpulang kepada penternak untuk diguna pakai sendiri atau jual kepada pihak Bebiri World atau jual ke pasaran luar sendiri.
594599296_892287550136989_6791345089424381232_n

Jangan terlepas peluang promosi terhad ini!

Hari
Jam
Min
Saat

Apa Kata Mereka?

KEJAYAAN BEBIRI WORLD

Semenjak Disember 2021 - Kini

0 +

PENTERNAK

(Smart Breeder)

Dalam Negara

0 +

PENTERNAK

(Smart Breeder)

Luar Negara

0 +

JUMLAH TERNAKAN

Terkini

0 +

JUMLAH KANDANG

& LADANG NAPIER

Terkini

SMART BREEDER DI BEBIRI WORLD:

SMART BREEDER

Smart Breeder ialah penternak yang bijak.

KELEBIHAN

SMART BREEDER

Untuk penternak yang memiliki anak biri-biri betina dari pakej menternak kami, anda boleh jana pendapatan dengan penyertai program Smart Breeder Plus. Bagi yang memiliki anak biri-biri jantan anda boleh jual kepada Bebiri World atau menjualnya sendiri dengan 100% keuntungan milik anda!

BEBIRI WORLD

FARM FOR YOUR FUTURE

Soalan Lazim (FAQ)

Terdapat 2 lokasi kandang yang kami ada iaitu:

1) Kandang Perintis (Kandang 1 dan 2)
     No. 139, Jalan Kampung Parit Haji Zain, Batu 15½, 84200 Air Hitam, Muar, Johor.

2) Kandang Pembiakan, Pejabat Operasi & Jualan (Kandang 3) :
     Lot 976, Jalan Kampung Parit Haji Zain, Batu 15½, 84200 Air Hitam, Muar, Johor

Jangan risau, penternak kami dari seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak bahkan ada yang di luar negara seperti Brunei, Singapura, Australia serta UAE dan 85% penternak kami ini berurusan secara online sahaja. Kehadiran adalah bergantung kepada tuan/puan atau order sahaja online & kami akan uruskan selanjutnya.

Tuan/Puan akan memilih 1 Induk betina pinjam (milik Bebiri World) samada dari jenis baka premium Santa Ines atau Blackhead Dorper. Kemudian induk ini akan ditaggingkan nombor untuk membuktikan induk ini milik sementara atas nama tuan/puan/waris.  

Selama 10 tahun secara berperingkat, induk ini akan mengawan dan kelahiran dari induk ini iaitu 9 ekor jantan adalah milik anda sepenuhnya. Jika induk ini melahirkan kembar 2 atau lebih pada tahun semasa, maka yang lebih itu adalah menjadi milik kami dan sebagai ganti kos operasi yang tuan/puan tidak perlu bayar.

Jika induk ini melahirkan anak betina, ia akan dijadikan sebagai induk sebenar dan apabila dewasa, segala kelahiran dari induk ini adalah milik anda sepenuhnya. Menariknya, selama anak betina yang tuan/puan akan dapat ini (dari kelahiran sehingga berumur 3 bulan) kami berikan percuma kos pengurusan dan percuma jaminan kematian.

Jika tuan/puan berminat untuk menternak biri-biri dan ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi pegawai pemasaran & jualan kami.

Biri-biri kebiasaannya akan bunting dalam tempoh 149 hari – 155 hari (5 bulan) kemudian baru melahirkan anak. Oleh itu, biri-biri mampu bunting sebanyak 2 kali setahun. Terdapat kebarangkalian induk boleh melahirkan anak kembar sehingga 4 anak dalam 1 masa.

Risiko yang mungkin akan berlaku adalah kematian dan kemandulan. Ianya adalah proses normal kehidupan untuk setiap benda hidup.

Sebarang status terkini ternakan akan dikemaskini oleh bahagian Hal Ehwal Ternakan (HET) kami.
Namun sekiranya itu berlaku, kami tetap memberi jaminan iaitu mengantikan dengan biri-biri baru yang sama baka dan saiznya yang lebih kurang sama. 

Faktor yang kami tidak lindungi:

1. Kematian disebabkan bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan sebagainya.

2. Kematian disebabkan penyakit/wabak baru yang langsung tiada ubat dan tidak dapat disembuhkan dan disahkan oleh pejabat veterinar.

 

Ada. Setiap pakej mempunyai borang perjanjian dan dimatikan setem LHDN.

Boleh, dengan ansuran 2 kali pembayaran.

Setiap penerimaan jantan wajib dibawa keluar pada umur setahun. Tidak boleh kekal di kandang.

Bermaksud ternakan tuan/puan perlu ambil & dibawa balik, jual dipasaran luar, jual semula kepada pihak Bebiri World atau sembelih untuk dibuat aqiqah/korban dan lain-lain.

Ianya merujuk kepada penternak kami yang bijak, yang telah memilih untuk menternak dengan kami tanpa perlu ada tanah, kandang, kepakaran dan masa.

BEBIRI HOSTEL EMPIRE (M) SDN. BHD. (1552391-U)

© 2026 Hak Cipta Terpelihara.

Notis Privasi   |   Terma & Syarat

Pilih Kaedah Pembayaran: