Notis Privasi
Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd., yang dikenali sebagai Bebiri World (dirujuk sebagai “kami” atau “syarikat”), amat menghormati serta melindungi hak privasi setiap pelanggan, peserta dan pelawat laman web kami (dirujuk sebagai “anda”). Notis ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan, mendedahkan dan melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Dengan berurusan atau berinteraksi dengan kami, anda dianggap telah memahami dan bersetuju dengan dasar ini.
Notis ini terpakai kepada semua individu yang berinteraksi dengan kami melalui laman web rasmi di https://bebiriworld.com, termasuk data yang diperoleh melalui borang digital, e-mel, WhatsApp rasmi, panggilan telefon, atau interaksi fizikal di premis kami.
1. Pengumpulan Maklumat Peribadi
Kami hanya mengumpul maklumat yang diperlukan bagi tujuan pentadbiran, komunikasi dan penyediaan perkhidmatan. Maklumat ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
- Nama penuh, nombor kad pengenalan/pasport dan alamat surat-menyurat;
- Nombor telefon dan alamat e-mel;
- Maklumat bank untuk tujuan invois dan pembayaran;
- Maklumat perjanjian, kontrak dan butiran waris;
- Data teknikal seperti alamat IP, jenis pelayar dan corak lawatan laman web (melalui penggunaan kuki);
- Gambar atau rakaman video yang berkaitan dengan aktiviti kami.
Data ini dikumpul sama ada secara langsung (contohnya semasa pendaftaran) atau secara automatik apabila anda menggunakan laman web kami.
Notis Privasi ini juga terpakai kepada kandungan serta aktiviti pemasaran kami, termasuk promosi dan iklan produk atau perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak kami, pembekal perkhidmatan yang dilantik, atau rakan kerjasama. Laman web pihak ketiga tersebut mempunyai dasar privasi dan terma tersendiri. Kami menggalakkan anda membaca dasar privasi mereka sebelum menggunakan platform tersebut.
2. Tujuan Penggunaan Maklumat
Data peribadi anda dikumpul, diproses dan didedahkan bagi tujuan-tujuan berikut:
- Memproses bayaran dan penyediaan produk atau perkhidmatan yang dibeli;
- Mengurus dan menjawab pertanyaan, aduan, serta permintaan maklumat daripada anda;
- Meningkatkan produk, perkhidmatan, komunikasi dan fungsi laman web kami;
- Mengurus penyertaan anda dalam sebarang peraduan, cabutan bertuah atau promosi;
- Menyediakan maklumat terkini atau surat berita yang berkaitan;
- Mengurus aktiviti perniagaan harian dan hubungan pelanggan;
- Mengesahkan identiti individu yang menghubungi kami melalui pelbagai saluran;
- Melaksanakan latihan dalaman serta kawalan kualiti perkhidmatan; dan
- Menyediakan komunikasi, tawaran dan cadangan produk yang lebih relevan dengan minat anda.
3. Persetujuan dan Kebenaran
Dengan menggunakan perkhidmatan kami atau berinteraksi secara langsung di premis, acara, laman web, atau saluran rasmi lain, anda bersetuju dan memberi keizinan kepada pemprosesan data peribadi anda oleh pihak syarikat, termasuk kakitangan dan mana-mana individu atau organisasi yang dilantik bagi tujuan penyediaan perkhidmatan.
Keizinan ini tidak menggantikan sebarang persetujuan lain yang telah anda berikan sebelum ini. Ia berkuat kuasa pada tarikh anda mula berurusan, melawat, atau menyerahkan data peribadi kepada kami — sama ada secara manual, melalui e-mel, panggilan telefon, faks, surat, borang pendaftaran atau penyertaan sebagai vendor — dan tertakluk kepada hak-hak yang diperuntukkan di bawah undang-undang Malaysia.
4. Penzahiran Kepada Pihak Ketiga
Kami tidak akan menjual atau memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial. Walau bagaimanapun, data mungkin dikongsi dengan pihak yang dilantik bagi membantu urusan operasi seperti:
- Mematuhi keperluan undang-undang atau permintaan pihak berkuasa berwibawa;
- Mengesahkan atau menguatkuasakan Terma Penggunaan laman web kami;
- Mengesan, mencegah, dan menangani penipuan atau kelemahan keselamatan; dan
- Melindungi hak, keselamatan dan kepentingan pengguna, pelanggan, atau orang awam.
Semua pihak ketiga tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan dan piawaian keselamatan data yang ketat.
5. Keselamatan dan Perlindungan Data
Kami mengambil langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya bagi melindungi data anda daripada kehilangan, penyalahgunaan atau akses tanpa kebenaran. Sistem kami dilindungi dengan kawalan akses terhad dan penggunaan protokol enkripsi bagi melindungi transaksi sensitif.
6. Hak Anda Sebagai Subjek Data
Anda berhak untuk:
- Memohon salinan maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami;
- Memohon pembetulan sekiranya data tidak tepat atau tidak lengkap; dan
- Menarik balik kebenaran pemprosesan data (tertakluk kepada syarat kontrak sedia ada).
Permintaan boleh dibuat secara bertulis melalui e-mel rasmi di admin@bebiriworld.com.
7. Penyimpanan dan Tempoh Pegangan Data
Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda hanya selama mana ia diperlukan bagi tujuan asal ia dikumpul atau sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang. Setelah tempoh tersebut tamat, data akan dipadam atau dilupuskan dengan selamat menggunakan kaedah pelupusan digital atau fizikal yang diluluskan.
8. Kuki (Cookies)
Laman web kami menggunakan cookies bagi memahami corak lawatan pelawat dan meningkatkan fungsi laman. Cookies tidak mengenal pasti individu secara langsung, tetapi membantu mengenal pasti pelayar anda untuk pengalaman pengguna yang lebih baik. Anda boleh menolak penggunaan cookies melalui tetapan pelayar, namun ini mungkin menjejaskan fungsi sesetengah ciri laman web.
9. Pindaan dan Kemaskini
Syarikat berhak meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan diterbitkan di laman web rasmi kami dan tarikh kemas kini akan dinyatakan di bahagian atas halaman ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung pemprosesan data peribadi, sila hubungi kami di:
Pejabat Urusan (HQ)
Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd.
27A, Tingkat 1, Jalan Jaya,
Taman Sentang Jaya, 83500 Parit Sulong,
Batu Pahat, Johor.
📞 07-4186612
📧 admin@bebiriworld.com
🌐 https://bebiriworld.com
At Bebiri Hostel Empire Sdn. Bhd we are committed to protecting and respecting your privacy. This
Privacy Policy outlines how we collect, use, and protect your personal information when you use our
website https://bebiriworld.com.
- Information We Collect
When you use our website, we may collect the following information:
Personal Information: Name, contact details (email, phone number, adress), and payment information
when you make a transaction.
Usage Information: Information on how you interact with our website, including your IP address,
browser type, and browsing behavior.
- How We Use Your Information
We use the information we collect for the following purposes:
- To process your payments securely.
- To manage your account and provide customer service.
- To send you updates and notifications about your transactions or account status.
- To improve our website and services by analyzing user behavior.
- Data Security
We take the security of your personal data seriously. We implement appropriate technical and
organizational measures to protect your information from unauthorized access, loss, or misuse. All
payment transactions are encrypted and handled securely by our payment gateway.
- Sharing Your Information
We do not sell or rent your personal data to third parties. However, we may share your data with
trusted service providers to:
- Facilitate payments (e.g., payment processors).
- Provide customer support.
- Comply with legal obligations or enforce our Terms of Service.
- Cookies
We use cookies to enhance your experience on our website, such as to remember your preferences
and improve the website’s functionality. You can manage or disable cookies in your browser settings.
- Changes to This Policy
We may update this Privacy Policy from time to time. Any changes will be posted on this page, and we
encourage you to review it regularly.
- Contact Us
If you have any questions or concerns about this Privacy Policy, please contact us at:
Phone: +60 14-964 5198
HQ Address: 27A, Tingkat 1, Jalan Jaya, Taman Sentang Jaya, Parit Sulong, 83500, Batu Pahat,
Johor
Operation Address: Lot 976, Jalan Kampung Parit Haji Zain, Batu 15½, 84200 Air Hitam, Muar, Johor