Tentang Kami

Bebiri World ialah sebuah jenama yang berdaftar di bawah syarikat Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera.

Ditubuhkan pada 20 Disember 2021 sebagai perniagaan milikan tunggal (enterprise) dan beroperasi di Jalan Kampung Parit Haji Zain, Batu 15½, Air Hitam, Muar, Johor. Pada 19 Februari 2024, perniagaan ini telah dinaik taraf menjadi syarikat sendirian berhad.

Penubuhan syarikat ini terinspirasi daripada sistem pawah yang pernah dijalankan sebelum ini dan seterusnya dijenamakan semula pada tahun 2022 dengan menggunakan sistem pawah moden.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Bebiri World bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran daging biri-biri dalam negara, di samping memberi peluang kepada sesiapa yang tidak mempunyai tanah, kandang, padang ragut, masa atau kepakaran dalam perubatan untuk memiliki ternakan biri-biri sendiri.

 

Pengasas (Founder)

Abdullah Muhammad bin Tajuddin, dilahirkan pada tahun 1990, merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Pusat Pungutan Zakat di Wilayah Persekutuan Labuan sebelum menceburi bidang keusahawanan dalam industri agroternak khas ruminan kecil (biri-biri).

Ditubuhkan pada tahun 2021 sebagai Bebiri Hostel Enterprise dan berstatus Sendirian Berhad pada tahun 2024, syarikat ini kini berkembang pesat dengan pencapaian jualan mencecah jutaan ringgit melalui pelaksanaan sistem pawah moden dalam industri penternakan.

BEBIRI WORLD

FARM FOR YOUR FUTURE

GAMBARAN KESELURUHAN

Menyediakan servis menjaga, membiakkan, memberi makan dan segala kemudahan biri-biri yang anda ternak di kandang dan ladang kami di samping menjana pendapatan aktif & pasif.

Menggunakan sistem pawah yang sudah diubahsuai kepada yang lebih baik berbanding pawah sedia ada (tradisional)

Pawah adalah tradisi Melayu lama yang mana tuan punya ternakan akan memilih seorang gembala untuk menternak dan kemudian ianya membiakkan ternakan mereka. Ianya merangkumi pelbagai syarat yang berbeza bergantung kepada tempat, keadaan dan faktor setempat.

VISI

Menjadi pembekal dan pengeluar biri-biri terbesar dan terunggul di Asia

MISI

Meningkatkan pengeluaran daging biri-biri dalam negara dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import.

BUDAYA KAMI

Bersama Kita Memartabatkan Budaya Kerja Kita

Membangun Bersama-sama

Bersama-sama Menuju Kejayaan

Bersama-sama Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Sentiasa Meraikan Bersama

Melancong Bersama

Sentiasa Memberi / Bersedekah

Bersama Menawan Dunia Perniagaan

Bersama Kita Berdoa & Tawakal

PENGIKTIRAFAN

NILAI TERAS BEBIRI WORLD

INTEGRITI

Integriti memastikan kami mengekalkan kepercayaan dan ketelusan dengan pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan.

KUALITI

Memberikan kualiti terbaik dalam produk dan perkhidmatan kami. Kualiti memacu operasi kami, dari penjagaan biri-biri hingga interaksi pelanggan dan pelaksanaan sistem pawah moden.

KOMUNITI

Penglibatan komuniti menimbulkan rasa kepunyaan dan sokongan, mencipta kesan positif kepada masyarakat dan menguatkan kehadiran tempatan kami dalam komuniti.

INOVASI

Sentiasa mencari idea inovatif untuk memperbaiki servis dan pengalaman pelanggan kami supaya kami kekal di hadapan dalam industri, mengadaptasi teknologi dan kaedah baru bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

PERJALANAN SYARIKAT

2021
Permulaan
2021 - Bermulanya penternakan

Perniagaan bermula dengan Enterprise pada 20 Disember 2021 di belakang rumah ibu En. Muhammad. Bermula dengan mengambil alih 27 ekor biri-biri termasuk sebuah kandang kecil dari adiknya yang sebelum ini menternak sejak 2019.

27 Ekor Biri-biri
1 Kandang Kecil
2022
Pertumbuhan
2022 - Pengembangan penternakan

Mula membuat jualan pakej menternak biri-biri dan ternakan semakin bertambah menjadi 350 ekor. Kandang kedua mula dibina hasil jualan pakej menternak tanpa sebarang pembiayaan dan bantuan kewangan.

350 Ekor Biri-biri
Kandang Kedua Dimulakan
Pembiayaan Sendiri
2023
Pengembangan
2023 - Kandang kedua siap

Pembinaan kandang kedua siap sepenuhnya dan boleh menempatkan 400 ekor biri-biri. Dengan kapasiti ini, kami mula memperluaskan lagi strategi pemasaran untuk menambahkan lagi jualan pakej dari semasa ke semasa.

Kapasiti: 400 Ekor
Kandang Kedua Siap
Pemasaran Diperluas
2024
Lonjakan Permintaan
2024 - Pembinaan kandang ketiga

Daripada jumlah jualan pakej yang semakin meningkat serta permintaan yang semakin tinggi, kami mula mengambil langkah seterusnya untuk membina kandang yang ketiga dan boleh menempatkan 1,200 ekor biri-biri.

Kapasiti: 1,200 Ekor
Kandang Ketiga Dimulakan
Permintaan Tinggi
2025
Kompleks Penternakan Moden
2025 - Kompleks penternakan moden

Kini dengan lebih 800+ penternak & lebih 1,800 ekor biri-biri, fasa pembinaan kandang ke-4 telah siap sepenuhnya dalam tahun yang sama dan kini lebih dikenali sebagai Kompleks Penternakan Moden Bebiri World.

800+ Penternak
1,800+ Ekor Biri-biri
Kompleks Penternakan Moden

2021

Perniagaan bermula dengan Enterprise pada 20 Disember 2021 di belakang rumah ibu En. Muhammad. Bermula dengan mengambil alih 27 ekor biri-biri termasuk sebuah kandang kecil dari adiknya yang sebelum ini menternak sejak 2019.

2022

Mula membuat jualan pakej menternak biri-biri dan ternakan semakin bertambah menjadi 350 ekor. Kandang kedua mula dibina hasil jualan pakej menternak tanpa sebarang pembiayaan dan bantuan kewangan.

2023

Pembinaan kandang kedua mula siap dibina sepenuhnya dan boleh menempatkan 400 ekor ternakan. Dengan kapasiti ini, kami mula memperluaskan lagi strategi pemasaran untuk menambahkan lagi jualan pakej dari semasa ke semasa

2024

Daripada jumlah jualan pakej yang semakin meningkat serta permintaan yang semakin tinggi, kami mula mengambil langkah seterusnya untuk membina kandang yang ketiga dan boleh menempatkan 1,200 ekor biri-biri.

RANCANGAN PERNIAGAAN

SIJIL IMPORT BIRI-BIRI

Ketulenan Baka Breeding