PEMBELIAN BARU
telah membeli
Kepakaran kami adalah membantu orang bandar yang ingin menternak biri-biri tetapi TIADA TANAH, KANDANG, PENGALAMAN dan MASA. Dengan hanya menternak di BEBIRI WORLD, anda boleh memiliki baka pedaging premium Blackhead Dorper, Australian White dan Santa Ines (tiada lagi kemasukan) tanpa perlu anda sendiri yang jaga dari lahir sehingga penjualan.
Hadis Sahih Bukhari Jilid. 1 Hadis Nombor 0014.
Dari Abu Sa’id Al. Khudri r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda:
“Akan datang suatu masa, di mana sebaik-baik harta orang islam ialah kambing (biri-biri). Dia gembala di puncak-puncak bukit dan di tempat-tempat air hujan berkumpul (lembah-lembah). Dia memencil (dari orang ramai) untuk menjaga agamanya dari bencana.”
Pawah adalah kami yang jagakan ternakan anda.
Sistem pawah moden di BEBIRI WORLD memudahkan orang bandar memiliki ternakan tanpa perlu bersusah payah mengurus sendiri. Ternakan anda akan dijaga oleh pasukan profesional yang berpengalaman dalam pengurusan ternakan.
Selain itu, anda juga boleh memantau status terkini ternakan melalui sistem website dan boleh juga secara manual dengan menghubungi bahagian Hal Ehwal Ternakan (HET) BEBIRI WORLD.
Menariknya, anda mempunyai 2 bentuk pilihan untuk memperoleh hasil. Pertamanya, anda boleh guna pakai sendiri. Seterusnya, anda boleh mendapatkan hasil dalam bentuk wang ringgit dengan menjual ternakan biri-biri anda.
Dengan penternakan ini, anda dapat menyimpan aset ternakan untuk bekalan bahan mentah masa kini dan juga masa hadapan.
Di BEBIRI WORLD, kami tidak hanya menjaga biri-biri, tetapi kami memastikan anda mendapat pengalaman terbaik dalam pembelaan ternakan.
Dipantau oleh pakar ternakan yang berpengalaman
Biri-biri anda akan diperiksa secara berkala untuk memastikan mereka sentiasa sihat.
Anda akan menerima laporan berkala tentang perkembangan dan kesihatan biri-Biri anda.
Pakej kami direka untuk memenuhi keperluan dan bajet anda
AL-KABSY PLUS++ :
✅ 8 ekor jantan & 2 ekor anak betina (boleh dijadikan induk sebenar)
✅ Induk sebenar betina boleh terus membiak tanpa had.
✅ Kos pengurusan jantan adalah PERCUMA manakala kos pengurusan betina adalah wajib, hanya RM0.90/sehari/ekor (percuma 3 bulan selepas lahir).
✅ Jaminan kematian / kemandulan betina adalah pilihan, RM350/tahun/ekor manakala bagi jantan adalah PERCUMA (ditanggung Bebiri World).
✅ Tempoh Perjanjian 8 Tahun (Jantan) serta 3 tahun (Betina) - Boleh diperbaharui.
AL-KABSY :
✅ 9 ekor jantan & 1 ekor anak betina (boleh dijadikan induk sebenar)
✅ Induk sebenar betina boleh terus membiak tanpa had.
✅ Kos pengurusan jantan adalah PERCUMA manakala kos pengurusan betina adalah wajib, hanya RM1.50/sehari/ekor (percuma 3 bulan selepas lahir).
✅ Jaminan kematian / kemandulan betina adalah pilihan, RM350/tahun/ekor manakala bagi jantan adalah PERCUMA (ditanggung Bebiri World).
✅ Tempoh Perjanjian 10 Tahun (Jantan) serta 3 tahun (Betina) - Boleh diperbaharui.
KEJAYAAN BEBIRI WORLD
PENTERNAK
(Smart Breeder)
Dalam Negara
PENTERNAK
(Smart Breeder)
Luar Negara
JUMLAH TERNAKAN
Terkini
JUMLAH KANDANG
& LADANG NAPIER
Terkini
SMART BREEDER DI BEBIRI WORLD:
Smart Breeder ialah penternak yang bijak.
KELEBIHAN
Untuk penternak yang memiliki anak biri-biri betina dari pakej menternak kami, anda boleh jana pendapatan dengan penyertai program Smart Breeder Plus. Bagi yang memiliki anak biri-biri jantan anda boleh jual kepada Bebiri World atau menjualnya sendiri dengan 100% keuntungan milik anda!
Terdapat 2 lokasi kandang yang kami ada iaitu:
1) Kandang Perintis (Kandang 1 dan 2) :
No. 139, Jalan Kampung Parit Haji Zain, Batu 15½, 84200 Air Hitam, Muar, Johor.
2) Kandang Pembiakan, Pejabat Operasi & Jualan (Kandang 3) :
Lot 976, Jalan Kampung Parit Haji Zain, Batu 15½, 84200 Air Hitam, Muar, Johor
Jangan risau, penternak kami dari seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak bahkan ada yang di luar negara seperti Brunei, Singapura, Australia serta UAE dan 85% penternak kami ini berurusan secara online sahaja. Kehadiran adalah bergantung kepada tuan/puan atau order sahaja online & kami akan uruskan selanjutnya.
Tuan/Puan akan memilih 1 Induk betina pinjam (milik Bebiri World) samada dari jenis baka premium Santa Ines atau Blackhead Dorper. Kemudian induk ini akan ditaggingkan nombor untuk membuktikan induk ini milik sementara atas nama tuan/puan/waris.
Selama 8 tahun secara berperingkat, induk ini akan mengawan dan kelahiran dari induk ini iaitu 8 ekor jantan adalah milik anda sepenuhnya. Jika induk ini melahirkan kembar 2 atau lebih pada tahun semasa, maka yang lebih itu adalah menjadi milik kami dan sebagai ganti kos operasi yang tuan/puan tidak perlu bayar.
Induk ini juga akan melahirkan 2 ekor anak betina dan ianya akan dijadikan sebagai induk sebenar dan apabila dewasa, segala kelahiran dari induk ini adalah milik anda sepenuhnya. Menariknya, selama 2 ekor anak betina yang tuan/puan akan dapat ini (dari kelahiran sehingga berumur 3 bulan) kami berikan percuma kos pengurusan dan percuma jaminan kematian.
Jika tuan/puan berminat untuk menternak biri-biri dan ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi pegawai pemasaran & jualan kami.
Kami juga ada pakej Al-Kharuf, rujuk https://bebiriworld.com/al-kharuf,
dan juga pakej Al-Kabsy yang biasa: https://bebiriworld.com/al-kabsy
Biri-biri kebiasaannya akan bunting dalam tempoh 149 hari – 155 hari (5 bulan) kemudian baru melahirkan anak. Oleh itu, biri-biri mampu bunting sebanyak 2 kali setahun. Terdapat kebarangkalian induk boleh melahirkan anak kembar sehingga 4 anak dalam 1 masa.
Risiko yang mungkin akan berlaku adalah kematian dan kemandulan. Ianya adalah proses normal kehidupan untuk setiap benda hidup.
Sebarang status terkini ternakan akan dikemaskini oleh bahagian Hal Ehwal Ternakan (HET) kami.
Namun sekiranya itu berlaku, kami tetap memberi jaminan iaitu mengantikan dengan biri-biri baru yang sama baka dan saiznya yang lebih kurang sama.
Faktor yang kami tidak lindungi:
1. Kematian disebabkan bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan sebagainya.
2. Kematian disebabkan penyakit/wabak baru yang langsung tiada ubat dan tidak dapat disembuhkan dan disahkan oleh pejabat veterinar.
Ada. Pakej Al-Kabsy++ mempunyai perjanjian 8 tahun bagi pengurusan jantan dan 3 tahun (yang boleh diperbaharui) bagi pengurusan betina dan akan dimatikan setem LHDN.
Boleh, dengan ansuran 2 kali pembayaran.
Setiap penerimaan jantan wajib dibawa keluar pada umur setahun. Tidak boleh kekal di kandang.
Bermaksud ternakan tuan/puan perlu ambil & dibawa balik, jual dipasaran luar, jual semula kepada pihak Bebiri World atau sembelih untuk dibuat aqiqah/korban dan lain-lain.
Ianya merujuk kepada penternak kami yang bijak, yang telah memilih untuk menternak dengan kami tanpa perlu ada tanah, kandang, kepakaran dan masa.
BEBIRI HOSTEL EMPIRE (M) SDN. BHD. (1552391-U)
© 2026 Hak Cipta Terpelihara.
Internet Banking (FPX), Atome, Credit/Debit Card

Pay with Debit/Credit Card (Visa/Master) 2 Months Installment