BEBIRI FEST 2025 Anjuran Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd. Terima Sambutan Hangat

MUAR, 1 MAC 2025 – Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang beroperasi dalam sektor penternakan berkonsepkan pawah moden, terus berkembang pesat dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.

Konsep pawah moden yang diperkenalkan oleh syarikat ini diinspirasikan daripada sistem pawah yang telah dijenamakan semula pada tahun 2022. Sistem ini bertujuan meningkatkan pengeluaran daging biri-biri dalam negara serta memberi peluang kepada individu yang tidak memiliki tanah, kandang, padang ragut, masa, atau kepakaran dalam bidang penternakan untuk memiliki ternakan sendiri.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, YB Datuk Haji Mohd Fuad Haji Tukirin hadir merasmikan Bebiri Fest 2025 yang berlangsung di Kandang Pembiakan & Pejabat Operasi Bebiri Hostel, Kampung Parit Haji Zain, Batu 15, Ayer Hitam. Karnival ini dianjurkan oleh Bebiri World sebagai inisiatif untuk memperkenalkan bidang penternakan melalui sistem pawah moden.

Sepanjang karnival ini, Bebiri World menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran baka biri-biri, kaunter pembayaran zakat, booth jualan serta sesi pemilihan induk.

Dalam ucapannya, YB Datuk Haji Mohd Fuad mengucapkan tahniah kepada Pengarah Urusan Bebiri World, En. Abdullah Ahmad Tajudin, serta seluruh pasukan Bebiri World atas kejayaan menganjurkan program ini yang berupaya menyumbang kepada peningkatan sumber makanan negara.

Beliau turut menyatakan bahawa Bebiri World bukan sahaja berperanan sebagai pusat penternakan moden, tetapi juga sebagai lokasi pelancongan agro yang menarik bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman penternakan biri-biri serta menikmati suasana kampung yang tenang dan mendamaikan.

Sehubungan itu, beliau mengajak masyarakat setempat, khususnya warga DUN Bukit Naning, untuk menyokong dan mempromosikan Bebiri World kerana potensinya dalam menjana sosioekonomi komuniti setempat.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Pegawai FAMA Daerah Muar, En. Aswandi Haji Saim, Penghulu Mukim Ayer Hitam Muar, Tok Mohd Fauzi Tubi, serta para ketua kampung dan pemimpin masyarakat setempat.

YB Datuk Haji Mohd Fuad turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Bebiri Fest 2025 dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

> Sumber artikel:

https://www.facebook.com/share/p/1XXSzSKBVh/

GALERI BEBIRI FEST 2025 (Ambilan Februari '25)

Facebook
X
Threads
WhatsApp
Telegram
CABUTAN BERTUAH 21/2/25

 

PENGESAHAN PESERTA BELI & MENANG DI LIVE TIKTOK KAMI

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

RSVP BEBIRI FEST FEB'25
  • Maklumat Pengunjung
  • Maklumat Kehadiran

TUJUAN HADIR:

BILANGAN YANG AKAN HADIR: