Nak Menternak? Apa Cabaran Anda?
Tiada Tanah
Tidak mempunyai tanah yang sesuai dan selamat untuk ternakan
Tiada Kandang
Tiada kandang dan tempat untuk menempatkan ternakan
Tiada Kepakaran
Langsung tiada kemahiran dan kepakaran dalam menguruskan biri-biri
Tiada Masa
Tidak mempunyai masa untuk menjaga setiap waktu
Betul Ke Orang Bandar Boleh Menternak Biri-Biri?
Kepakaran kami adalah membantu orang bandar yang ingin menternak biri-biri tetapi Tiada Tanah, Kandang, Pengalaman dan Masa.
Melalui gabungan sistem Pawah Moden BEBIRI WORLD dan Pakej Az-Zahra ini, anda boleh memiliki dan menternak baka pedaging premium seperti Blackhead Dorper dan Australian White sama ada ingin Bersijil (Certificate) atau Tanpa Bersijil (Non-Certificate), tanpa perlu menguruskan sendiri ternakan dari lahir sehingga penjualan.
BEBIRI WORLD yang uruskan, anda tetap memiliki ternakan.
Apakah Itu Pawah Moden ?
Pawah adalah kami yang jagakan ternakan anda.
Sistem pawah moden di BEBIRI WORLD memudahkan orang bandar memiliki ternakan tanpa perlu bersusah payah mengurus sendiri. Ternakan anda akan dijaga oleh pasukan profesional yang berpengalaman dalam pengurusan ternakan.
Anda juga boleh memantau status terkini ternakan melalui Web Portal atau menghubungi bahagian Hal Ehwal Ternakan (HET) BEBIRI WORLD.
Menariknya, anda mempunyai 2 pilihan untuk memperoleh hasil daripada ternakan biri-biri anda. Pertama, anda boleh menjual ternakan dan mendapatkan hasil dalam bentuk wang ringgit. Kedua, anda boleh guna pakai sendiri mengikut keperluan dan perancangan anda.
Dengan penternakan ini, anda dapat menyimpan aset ternakan yang boleh berkembang biak untuk simpanan masa kini dan juga masa hadapan.
Kenapa Sistem Pawah Moden Kami Berbeza?
Penjagaan Biri-Biri Profesional
Dipantau oleh pakar ternakan yang berpengalaman
Pemantauan Kesihatan Harian
Biri-biri anda diperiksa secara berkala untuk memastikan mereka sentiasa sihat
Laporan Berkala
Anda akan menerima laporan berkala tentang perkembangan dan kesihatan biri-biri anda
Kos Yang Berpatutan
Pakej kami direka untuk memenuhi keperluan dan bajet anda
Baka biri-biri import Australia untuk ternakan yang lebih berkualiti
Bebiri World memilih baka yang bukan sahaja mempunyai penampilan dan saiz yang baik, tetapi juga dapat menghasilkan daging berkualiti tinggi, pembiakan ternakan yang konsisten dan nilai komersial yang boleh dipasarkan semula.
Baka pilihan kami
Setiap baka mempunyai kelebihan tersendiri untuk menyokong keperluan penternakan dan permintaan pasaran.
Blackhead Dorper
Baka biri-biri pedaging terkenal yang mempunyai struktur badan berisi serta menghasilkan daging yang padat dan berperisa.
Kelebihan utama
- Badan padat dan menghasilkan isi yang maksimum untuk pengeluaran daging.
- Daging lebih pejal dan tidak mudah hancur ketika dimasak.
- Lasak, kuat dan mudah dijaga dalam pelbagai keadaan persekitaran.
- Mempunyai penerimaan pasaran yang baik dan permintaan yang stabil.
Australian White
Baka biri-biri pedaging moden yang dibangunkan untuk menghasilkan daging berkualiti tinggi, lembut dan bersih dari segi rasa.
Kelebihan utama
- Pertumbuhan cepat dan sekata untuk hasil yang lebih konsisten.
- Daging lembut, tidak liat dan sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
- Bulu pendek yang memudahkan penjagaan dan pengurusan harian.
- Tahan lasak serta mampu menyesuaikan diri dengan cuaca panas dan lembap.
Kualiti pembiakan
Pemilihan baka turut mengambil kira kesuburan, kekuatan anak, ketahanan induk dan kemudahan pengurusan jangka panjang.
Blackhead Dorper
Sesuai untuk penternakan berterusan yang mengutamakan induk lasak, anak yang kuat dan pembesaran yang cepat.
- Kesuburan tinggi dan konsisten.
- Sesuai untuk pembiakan berulang.
- Induk lasak dan tahan terhadap persekitaran.
- Anak kuat serta cepat menyesuaikan diri.
- Pembesaran anak lebih cepat.
- Risiko masalah pembiakan lebih rendah.
Australian White
Sesuai untuk penternakan yang memerlukan proses pembiakan yang stabil, terkawal dan mudah diurus.
- Kesuburan baik dan stabil.
- Kelahiran lebih terkawal.
- Anak bersaiz sesuai dan mudah dijaga.
- Anak membesar secara konsisten dan sekata.
- Induk lebih tenang dan kurang stres.
- Risiko masalah pembiakan lebih rendah.
Pakej: AZ-ZAHRA
(Kemasukan JAN/FEB 2027)
Pemilikan induk betina sebenar.
Miliki induk sebenar
1 ekor induk betina milik Smartbreeder 100%, diurus dan dipantau sepanjang perjanjian 5 tahun dengan pejantan pedigree disediakan untuk mengawan.
2 tahun pertama
Had 2 ekor anak jantan sebagai hasil penerimaan wajib. Sementara kos pengurusan dan jaminan telah ditanggung oleh Bebiri World.
Tahun 3 & seterusnya
Semua kelahiran daripada induk pakej dan generasi berikutnya menjadi hak penternak sepenuhnya. Aset berkembang tanpa limit.
-
Kos pengurusan induk betina pakej (24 bulan) RM3.80 × 30 hari = RM114 × 24 bulanRM2,736
-
Kos pengurusan anak kelahiran induk (3 bulan pertama) RM3.80 × 30 hari = RM114 × 3 bulanRM342/ekor
-
Kos jaminan kematian & kemandulan induk pakej RM900 × 2 tahunRM1,800
-
Dokumen Perjanjian & Mati Setem LHDN pakej Az-Zahra Disertakan bersama pakejDiuruskan
Setiap ternakan turut dilengkapi tagging dan rekod pengurusan, manakala perkembangan induk, kelahiran anak dan maklumat kesihatan boleh dipantau melalui Portal Hal Ehwal Ternakan pada bila-bila masa.
Harga Pakej Menternak
Az-Zahra
Certificate
- 1 induk Blackhead Dorper Certificate milik sebenar
- 2 tahun pertama: 2 anak jantan
- Tahun ke-3: Semua kelahiran 100% milik Smartbreeder
- Perjanjian 5 tahun, boleh diperbaharui setiap 3 tahun
- Pejantan pedigree untuk mengawan disediakan
- Pengurusan & jaminan percuma 2 tahun pertama
- Tagging, Waris, Perjanjian dengan setem hasil LHDN
- Portal Hal Ehwal Ternakan 2.0
- Sijil pedigree
- Sijil kesihatan
- Layak jual hasil RM3,000/ekor/certificate di Bebiri World
Non-Certificate
- 1 induk Blackhead Dorper Non-Certificate milik sebenar
- 2 tahun pertama: 2 anak jantan
- Tahun ke-3: Semua kelahiran 100% milik Smartbreeder
- Perjanjian 5 tahun, boleh diperbaharui setiap 3 tahun
- Pejantan pedigree untuk mengawan disediakan
- Pengurusan & jaminan percuma 2 tahun pertama
- Tagging, Waris, Perjanjian dengan setem hasil LHDN
- Portal Hal Ehwal Ternakan 2.0
- Sijil pedigree
- Sijil kesihatan
- Hasil ternakan dijual mengikut timbangan berat ternakan
Non-Certificate
- 1 induk Australian White Non-Certificate milik sebenar
- 2 tahun pertama: 2 anak jantan
- Tahun ke-3: Semua kelahiran 100% milik Smartbreeder
- Perjanjian 5 tahun, boleh diperbaharui setiap 3 tahun
- Pejantan pedigree untuk mengawan disediakan
- Pengurusan & jaminan percuma 2 tahun pertama
- Tagging, Waris, Perjanjian dengan setem hasil LHDN
- Portal Hal Ehwal Ternakan 2.0
- Sijil pedigree
- Sijil kesihatan
- Hasil ternakan dijual mengikut timbangan berat ternakan
Certificate
- 1 induk Australian White Certificate milik sebenar
- 2 tahun pertama: 2 anak jantan
- Tahun ke-3: Semua kelahiran 100% milik Smartbreeder
- Perjanjian 5 tahun, boleh diperbaharui setiap 3 tahun
- Pejantan pedigree untuk mengawan disediakan
- Pengurusan & jaminan percuma 2 tahun pertama
- Tagging, Waris, Perjanjian dengan setem hasil LHDN
- Portal Hal Ehwal Ternakan 2.0
- Sijil pedigree
- Sijil kesihatan
- Layak jual hasil RM3,000/ekor/certificate di Bebiri World
Panggilan akhir! Jangan terlepas peluang!
KEJAYAAN BEBIRI WORLD
Semenjak Disember 2021 - Kini
TernakanTerkini
SMART BREEDER DI BEBIRI WORLD:
SMART BREEDER
Smart Breeder ialah penternak yang bijak.
KELEBIHAN
SMART BREEDER
Untuk penternak yang memiliki anak biri-biri betina dari pakej menternak kami, anda boleh jana pendapatan dengan penyertai program Smart Breeder Plus. Bagi yang memiliki anak biri-biri jantan anda boleh jual kepada Bebiri World atau menjualnya sendiri dengan 100% keuntungan milik anda!
Apa Kata Mereka?
BEBIRI WORLD
FARM FOR YOUR FUTURE
Soalan Lazim (FAQ)
Lokasi kami di:
Kompleks Penternakan Moden Bebiri World
Lot 976, Jalan Kampung Parit Haji Zain, Batu 15½, 84200 Air Hitam, Muar, Johor
Jangan risau, penternak kami dari seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak bahkan ada yang di luar negara seperti Brunei, Singapura, Australia serta UAE dan 85% penternak kami berurusan secara online sahaja.
Kehadiran adalah bergantung kepada tuan/puan atau pembelian secara online & kami akan uruskan selanjutnya.
Biri-biri kebiasaannya akan bunting dalam tempoh 149–155 hari (5 bulan) kemudian baru melahirkan anak. Oleh itu, lazimnya biri-biri boleh melahirkan anak 3 kali dalam 2 tahun (diambil kira faktor tempoh menyusu & berehat setiap kitaran lahir).
Terdapat kebarangkalian induk boleh melahirkan anak kembar sehingga 4 anak dalam satu masa.
Risiko yang mungkin berlaku adalah kematian dan kemandulan. Proses ini normal kehidupan bagi setiap benda hidup.
Sebarang status terkini ternakan akan dikemaskini oleh bahagian Hal Ehwal Ternakan (HET) kami. Namun sekiranya ia berlaku, kami tetap memberi jaminan iaitu menggantikan dengan biri-biri baru yang sama baka dan saiznya lebih kurang sama.
Faktor yang kami tidak lindungi:
- Kematian disebabkan bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan sebagainya.
- Kematian disebabkan penyakit/wabak baru yang langsung tiada ubat dan tidak dapat disembuhkan, disahkan oleh pejabat veterinar.
Ada. Pakej Az-Zahra mempunyai perjanjian 5 tahun (boleh diperbaharui) bagi pengurusan induk dan akan dimatikan setem LHDN.
Boleh, dengan ansuran 2 kali pembayaran.
Setiap penerimaan jantan wajib dibawa keluar pada umur setahun tidak boleh kekal di kandang.
Bermaksud ternakan tuan/puan perlu diambil & dibawa balik, dijual di pasaran luar, dijual semula kepada pihak Bebiri World, atau disembelih untuk aqiqah/korban dan lain-lain.
Ia merujuk kepada penternak kami yang bijak. Mereka yang telah memilih untuk menternak bersama kami tanpa perlu ada tanah, kandang, kepakaran dan masa.
Setiap status terkini ternakan anda akan dikemaskini oleh bahagian Hal Ehwal Ternakan (HET) maklumat rekod boleh dipantau di dalam Portal HET Smartbreeder.
Anda memiliki ternakan dengan sistem 100% Ownership. Bebiri World hanya menguruskan penternakan secara profesional di ladang kami. Semua hasil adalah milik Smartbreeder.
Pakej ini menawarkan baka tulen pedaging premium Blackhead Dorper dan Australian White. Induk bersijil atau tidak bersijil mengikut pilihan pakej anda.
Bagi induk betina pakej, perjanjian boleh dilanjutkan lagi 3 tahun. Anda boleh meneruskan program menternak atau mengambil keputusan lain mengikut kesesuaian. Pihak kami akan menghubungi anda sebelum tempoh tamat untuk membincangkan pilihan.