“Dalam pada masa yang sama beliau berkata, Bebiri World merupakan antara lokasi persinggahan yang menarik kepada para pengunjung untuk singgah bagi merasai suasana penternakan biri-biri disamping menikmati suasana kampung yang indah dan permai, katanya.”
MUAR, 10 OGOS 2025,
Karnival Bebiri Fest 2025 terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang meminati bidang penternakan samada untuk tujuan komersial atau sara diri.
Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi didalam bidang penternakan dengan berkonsepkan pawah moden, merupakan bidang perniagaan yang terus berkembang pesat dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.
Perkhidmatan tersebut diinspirasikan melalui sistem pawah yang pernah dijenamakan semula pada tahun 2022 dengan menampilkan sistem pawah moden yang disediakan oleh Bebiri World dengan tujuan membantu meningkatkan pengeluaran daging kambing dalam negara.
Dimana, melalui sistem pawah berkenaan dapat memberi peluang kepada mana-mana individu yang tiada tanah, kandang, padang ragut, masa dan kepakaran dalam bidang penternakan untuk merealisasikan ternakan sendiri.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, YB Datuk Haji Mohd Fuad Haji Tukirin bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh hadir pada Majlis Perasmian Program Bebiri Fest 2025 di Kompleks Penternakan Moden Bebiri World, Kampung Parit Haji Zain dekat Batu 15 Ayer Hitam disini.
Ianya merupakan karnival yang mempromosikan Industri penternakan terutamanya kambing biri biri dengan menggunakan kaedah sistem pawah moden serta bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keterjaminan makanan negara di samping keperluan aset ternakan. Dimana Bebiri World juga merupakan antara lokasi Eko Pelancongan yang dikenali khasnya di Dun Bukit Naning di samping turut menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat di Mukim Ayer hitam dan sekitarnya.
Selain itu, Majlis Perasmian Program Bebiri Fest 2025 telah disempurnakan Exco Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh di Kompleks Penternakan Moden Bebiri World, Kampung Parit Haji Zain dekat Batu 15 Ayer Hitam hari ini.
Dalam pada itu, karnival yang dianjurkan oleh Bebiri World dalam usaha memperkenalkan bidang penternakan melalui sistem penternakan moden yang berkonsepkan sistem pawah terkini disamping turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik antaranya seperti pameran pelbagai baka biri-biri serta sesi pemilihan induknya.
Sementara itu, ADUN Bukit Naning, YB Datuk Haji Mohd Fuad turut mengucapkan tahniah kepada Pengarah Urusan Bebiri World, En Abdullah Ahmad Tajudin serta kakitangan yang dapat mengadakan program yang sangat menarik ini bagi membantu meningkatkan sumber makanan negara, ujarnya.
Dalam pada masa yang sama beliau berkata, Bebiri World merupakan antara lokasi persinggahan yang menarik kepada para pengunjung untuk singgah bagi merasai suasana penternakan biri-biri disamping menikmati suasana kampung yang indah dan permai, katanya.
Selain itu, beliau turut mengajak masyarakat setempat serta warga DUN Bukit Naning agar dapat bersama menyokong dengan membantu mempromosikan Bebiri World yang diusahakan oleh Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd bagi menjana sosioekonomi komuniti setempat, tambahnya lagi.
Justeru itu, ADUN Bukit Naning, YB Datuk Haji Mohd Fuad turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Bebiri Fest 2025 hari ini, katanya kepada Digital Bukit Naning sempena perasmian Karnival Bebiri Fest 2025 di Mukim Ayer Hitam hari ini.
SUMBER:



