Bebiri World Berkolaborasi Dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SRITI Tahfiz Al-Azhar

Pada 17 Januari 2025, SRITI Tahfiz Al-Azhar, Sri Gading, telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan yang penuh gilang-gemilang bagi meraikan kejayaan para pelajar cemerlang mereka. Majlis ini turut mencatat sejarah kerjasama erat antara Bebiri World dan pihak SRITI Tahfiz, yang menjadi salah satu inisiatif Bebiri World untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Kerjasama antara Bebiri World dan SRITI Tahfiz Al-Azhar bermula sejak tahun 2024. Sepanjang kerjasama ini, Bebiri World telah menaja pelbagai aktiviti, antaranya:

1. Bantuan mesin air Cuckoo untuk kegunaan sekolah

2. Tajaan pertandingan sukan peringkat negeri.

3. Tajaan rombongan pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 yang telah mendapat keputusan cemerlang.

4. Terbaru, tajaan untuk menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan ini.

SAKSIKAN VIDEO BERIKUT:

Niat dan matlamat tajaan ini lahir daripada niat murni Bebiri World untuk menggalakkan lebih ramai ahli perniagaan agar berinfak kepada masyarakat. Sumbangan ini bukan sahaja membawa manfaat kepada masyarakat dunia tetapi juga menjadi bekalan kebaikan untuk akhirat.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللهُ.

Terjemahan: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Tidaklah seseorang hamba memberi maaf, melainkan Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan meninggikan darjatnya.”

Hadis ini menegaskan bahawa bersedekah tidak akan mengurangi harta seseorang, melainkan akan menambah keberkahan. Selain itu, memaafkan kesalahan orang lain akan menambah kemuliaan dan bersikap rendah hati kerana Allah akan meninggikan darjat seseorang.
(Riwayat Muslim 4689)

Penglibatan Bebiri World dalam Majlis ini turut dihadiri oleh sekitar 300 orang tetamu, termasuk ibu bapa pelajar, guru-guru, dan jemputan khas. CEO Bebiri World juga hadir sebagai tetamu VIP. Dalam usaha memberikan pendedahan tentang penternakan kepada masyarakat, Bebiri World telah membuka booth khas di majlis ini. Booth ini menampilkan biri-biri yang dibawa khas dari kandang untuk memberi peluang kepada pengunjung, terutamanya kanak-kanak, mengenali lebih dekat dunia penternakan. Inisiatif ini bukan sahaja memberikan pengalaman unik kepada pengunjung tetapi juga memupuk kesedaran tentang potensi dan kepentingan penternakan dalam kehidupan.

Bebiri World berharap usaha kecil ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus menyumbang kepada masyarakat. Dengan sokongan berterusan, kolaborasi seperti ini mampu melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, tetapi juga dalam akhlak dan kesedaran sosial.

Facebook
X
Threads
WhatsApp
Telegram
CABUTAN BERTUAH 21/2/25

 

PENGESAHAN PESERTA BELI & MENANG DI LIVE TIKTOK KAMI

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

RSVP BEBIRI FEST FEB'25
  • Maklumat Pengunjung
  • Maklumat Kehadiran

TUJUAN HADIR:

BILANGAN YANG AKAN HADIR: