Jom Ternak Sambil Infaq: Siri 2 – Bebiri World Menyinari Pusat Tahfiz Ar Raudhah, Batu 16

Ahad, 16 Mac 2025 / 15 Ramadan 1446H – Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, di mana setiap rezeki yang dikongsi akan menjadi bekalan pahala yang berkekalan. Di sebalik setiap juadah berbuka, terdapat usaha, doa, dan keikhlasan mereka yang memberi.

Baru-baru ini, pasukan Bebiri World telah berkunjung ke Pusat Tahfiz Ar Raudhah, Batu 16, Bukit Naning, Ayer Hitam, Muar, bagi menyantuni para pelajar tahfiz dalam sebuah majlis berbuka puasa. Saat menikmati hidangan bersama, jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka—bukan hanya kerana juadah yang tersedia, tetapi juga kerana adanya insan yang sudi berkongsi rezeki.
 
Usai menunaikan solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah, pasukan kami turut serta dalam aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan pusat tahfiz. Ia merupakan sebuah pengalaman yang amat bermakna, mengingatkan kami bahawa setiap sumbangan, walaupun kecil, mampu memberikan manfaat yang besar kepada mereka yang memerlukan.
 
 
Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, anda juga berpeluang menyertai usaha kebaikan ini. Melalui program “Jom Ternak Sambil Infaq“, anda bukan sahaja dapat menyertai industri penternakan secara mudah, malah turut berinfaq kepada golongan yang memerlukan.
 
Jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan menyumbang ke arah kebaikan.
 
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut. 👇👇

> Sumber artikel:

FACEBOOK BEBIRI WORLD
Nantikan siri kami yang seterusnya.
SAKSIKAN VIDEO BERIKUT:

GALERI "JOM TERNAK SAMBIL INFAQ" (Siri 2)

Facebook
X
Threads
WhatsApp
Telegram
CABUTAN BERTUAH 21/2/25

 

PENGESAHAN PESERTA BELI & MENANG DI LIVE TIKTOK KAMI

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

RSVP BEBIRI FEST FEB'25
  • Maklumat Pengunjung
  • Maklumat Kehadiran

TUJUAN HADIR:

BILANGAN YANG AKAN HADIR: