“Kunjungan ini adalah sebagai hasrat untuk menjalin kerjasama industri khususnya bagi pelajar kelulusan diploma & ijazah”
7 Mei 2025- Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UITM Jasin, Melaka telah menerima kunjungan dari Syarikat Bebiri Hostel Empire (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat penternakan moden yang menjalankan sistem pawah dalam penternakan biri-biri. Kunjungan ini adalah sebagai hasrat untuk menjalin kerjasama industri khususnya bagi pelajar kelulusan diploma & ijazah bagi tujuan penempatan pelajar latihan industri. Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu En. Abdullah Muhammad Bin Tajuddin, bersama Pn. Izzana Adilia binti Malik dan En. Lokman dan disambut oleh wakil pengurusan tertinggi FPA, Prof Madya Ts Dr Fazleen Abdul Fatah (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri), Dr Muhamad Zahid Muhamad (Koordinator ICAN) dan En Mohd Hizam Mohd Nor, Pegawai Eksekutif Kanan PJI.
Bebiri World juga komited untuk menyediakan persekitaran pembelajaran sebenar di ladang dengan pendedahan kepada operasi ternakan, penjagaan kesihatan haiwan, pengurusan tanaman dan sistem tanaman pintar, pemakanan ternakan, serta sistem pengurusan bersepadu.
Diharapkan kerjasama ini akan memberi manfaat dua hala dalam usaha melahirkan graduan yang bersedia menghadapi industri serta memperkukuhkan jaringan industri-akademik dalam bidang perladangan.
Sumber artikel:
Facebook: Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA

