Lawatan Kerja: Ayodhya Farm, Gunung Kidol

 

Alhamdulillah, baru-baru ini pihak Bebiri World telah berpeluang menjalankan satu lawatan kerja yang sangat bermakna ke Ayodhya Farm yang terletak di Gunung Kidul, Yogyakarta, Indonesia. 
 
Ketibaan kami disambut mesra oleh En. Adam, pengurus ladang yang berpengalaman dan penuh komited dalam bidang penternakan.
Lawatan ini membuka ruang perbincangan yang sangat luas dan mendalam melibatkan pelbagai aspek penting dalam industri ternakan, khususnya berkaitan:
  • Pengurusan ternakan secara sistematik dan efisien
  • Pengurusan kelahiran anak ternakan untuk memastikan kadar hidup yang tinggi
  • Rawatan serta pengasingan ternakan yang sakit bagi mengelakkan penularan penyakit
  • Rekod penternakan yang teliti dan penggunaan teknologi dalam operasi harian
 
 
Turut menarik, pihak Ayodhya Farm turut berkongsi kisah bagaimana mereka memulakan perjalanan dalam bidang penternakan ini – bermula dari bawah, menghadapi pelbagai cabaran, serta pendekatan praktikal yang mereka gunakan untuk bangkit dan terus berkembang. Ia satu inspirasi besar buat kami di Bebiri World.
 
Kami amat menghargai segala perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan oleh pihak Ayodhya Farm. Banyak perkara yang kami pelajari dan insyaAllah akan kami sesuaikan dan aplikasikan dalam sistem penternakan kami di Malaysia.
 
Semoga hubungan ini menjadi permulaan kepada kerjasama jangka panjang antara dua negara serantau dalam memperkukuh industri penternakan serta menjamin keterjaminan makanan umat Islam secara keseluruhannya.
 
Terima kasih Ayodhya Farm atas layanan yang sangat baik dan perkongsian yang sangat bermanfaat. Doakan kami terus maju dalam usaha memperkasa industri biri-biri tanah air!
 
 

GALERI LAWATAN KERJA AYODHYA FARM, YOGYAKARTA

Facebook
X
Threads
WhatsApp
Telegram