“Daripada seekor biri-biri… lahirnya sebuah tempat agrotourism yang luar biasa.”
Pada 16 April 2025, team Bebiri World menjejakkan kaki ke sebuah tempat yang sungguh menginspirasikan — Menggala Ranch, terletak di Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia.
Lawatan kerja kami kali ini bukan sekadar melihat-lihat. Ia lebih daripada itu.
Kami datang untuk belajar. Untuk menyelami kisah di sebalik kejayaan sebuah ladang agrotourism yang kini mula dikenali ramai.
Dan siapa sangka… bila kami tanya, bagaimana Menggala Ranch ini bermula, jawapan mereka sangat sederhana — “Kami hanya mula dengan mengembala biri-biri. Tak lama lepas tu, orang kampung mula datang sendiri untuk tengok. Dari situlah semuanya bermula.”
Subhanallah.
Kadang-kadang kita sangka kena ada bajet besar, plan gempak, team yang hebat untuk bermula. Tapi mereka buktikan, yang penting adalah mula. Mula dengan apa yang ada.
Sepanjang sesi bersama mereka, banyak perkara kami bincangkan antaranya:
Sambil bertukar idea, kami sedar — banyak persamaan antara kami.
Cita-cita kami juga besar.
Bukan sekadar nak menternak dan menjual. Tapi nak membina ekosistem.
Tempat yang bukan sahaja memberi pulangan, tapi juga pengalaman.
Kami yakin satu hari nanti, dengan izin Allah, Bebiri World juga akan jadi destinasi agrotourism yang membanggakan. Tempat orang datang untuk belajar, menikmati suasana kampung, dan menyentuh dunia ternakan dengan lebih dekat.
Mulakan langkah kecil hari ini dengan memiliki pakej menternak di Bebiri World.
Sambil anda menjana hasil, anda juga menyokong impian besar kami.
Ayuh, Jom Ternak dengan Bebiri World!





















