Lawatan pelajar UITM Jasin Ke Bebiri World

 

“Para pelajar melihat sendiri bagaimana industri ternakan moden beroperasi secara profesional dan sistematik”

Rabu, 21 Mei 2025 – Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd. dengan sukacitanya menerima lawatan daripada pelajar Sains Perniagaantani (Agribusiness) UiTM Jasin bersama pensyarah dan penasihat program, Puan Nur Farhamizah Askarali.

Lawatan ini membuka ruang untuk para pelajar melihat sendiri bagaimana industri ternakan moden beroperasi secara profesional dan sistematik – sesuatu yang jauh berbeza dari hanya belajar dalam bilik kuliah.

🌾 Antara pengisian menarik sepanjang sesi:

✅ Ucapan alu-aluan oleh CEO, En. Abdullah – berkongsi hala tuju strategik & cabaran sebenar industri

✅ Aktiviti memberi makan & susu biri-biri – membina empati dan kefahaman terhadap penjagaan haiwan secara harian

✅ Penerangan makanan ternakan & lawatan ke kandang – mengenali struktur operasi, keperluan pemakanan dan kebersihan penternakan profesional

✅ Demo penjagaan kebersihan kandang – bagaimana sanitasi mempengaruhi kesihatan ternakan

✅ Perkongsian keusahawanan – oleh Puan Fatin, membuka minda pelajar tentang potensi agrobisnes moden

✅ Pengenalan penyakit ternakan & suplemen – asas penting dalam menjaga kesihatan haiwan dan prestasi pembiakan.

 

📷 Lawatan diakhiri dengan sesi penghargaan dan bergambar kenangan.

💡 Semoga kunjungan ini memberi pengalaman bermakna dan menyuntik semangat untuk pelajar menjadi sebahagian daripada generasi usahawan agromodern masa depan!

#fyp #pawahmoden #bebiriworld #bebirihostel #farmforyourfuture #noweveryonecanhavelivestock #biribiribukankambing #asramabiribiri #biri

GALERI LAWATAN UITM JASIN KE BEBIRI WORLD

Facebook
X
Threads
WhatsApp
Telegram