Menimba Ilmu Penternakan dari Garut, Indonesia 🇮🇩

 

“Kami turut meninjau kilang pemprosesan beras & dedak beras, memahami potensi nilai tambah dalam sektor pertanian dan penternakan.”

 

Pada 24 Jun 2025, kami dari Bebiri World telah berpeluang melawat ke Wisata Domba (WISDOM) di Garut, Indonesia — sebuah pusat ternakan yang terkenal dengan kepakaran dalam pengurusan baka Garut dan sistem pemakanan biri-biri yang tersusun.

Kami berinteraksi dengan para penternak tempatan dan belajar bagaimana mereka:
✅ Mengurus sistem pembiakan baka Garut
✅ Kaedah pemakanan ternakan
✅ Memanfaatkan sisa pertanian sebagai makanan alternatif
 
 
📍 Lawatan diteruskan ke kilang pemprosesan makanan ruminan, termasuk dedak makanan khas untuk lembu dan biri-biri. Di sana kami melihat sendiri bagaimana:
🔸 Dedak dihasilkan
🔸 Bahan-bahan tempatan dimanfaatkan.
 
Kami turut meninjau kilang pemprosesan beras & dedak beras, memahami potensi nilai tambah dalam sektor pertanian dan penternakan.
 
🤝 Lawatan ini bukan sekadar lawatan biasa— tetapi satu sesi pemindahan ilmu yang amat berharga untuk kami bawa pulang ke Kompleks Penternakan Moden Bebiri World di Malaysia.
 
🌱 Kami yakin, dengan gabungan teknologi dan pengalaman antarabangsa ini, Bebiri World akan terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua penternak kami.

GALERI LAWATAN KERJA KE WISATA DOMBA (WISDOM) GARUT, INDONESIA

Facebook
X
Threads
WhatsApp
Telegram