“Kami amat menghargai kehadiran dan sokongan semua pengunjung yang singgah ke booth kami. Sokongan ini membakar semangat kami untuk terus memperkasa sistem Pawah Moden dan membawa industri ternakan ke tahap lebih tinggi.” ujar wakil Bebiri World.
Melaka, 20 Oktober 2025 – Alhamdulillah, penyertaan Bebiri World di Melaka International Halal Festival (MIHF’25) yang berlangsung selama empat hari bermula 16 Oktober 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kesyukuran dan kejayaan.
Festival berprestij ini menjadi platform penting untuk memperkenalkan konsep Pawah Moden kepada orang ramai, di samping memupuk kesedaran terhadap potensi besar industri ternakan halal tempatan.
Sepanjang pameran berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC), booth Bebiri World menerima sambutan luar biasa daripada para pengunjung yang hadir untuk:
✅ Mendalami sistem Pawah Moden dan peluang pemilikan aset ternakan
✅ Merebut promosi Early Bird dengan potongan harga RM400
✅ Menyertai kempen Cabutan Bertuah Utama dengan hadiah Perodua Axia 🚗
Bebiri World merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak penganjur, rakan industri, serta para pengunjung yang sentiasa menyokong perjalanan syarikat dalam memperluaskan pasaran ternakan halal negara.
InsyaAllah, dengan momentum ini, Bebiri World akan terus komited meneruskan inovasi dalam sistem pawah moden dan memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju pawah moden di Malaysia.
🌟 4 Hari Penuh Kenangan di Melaka International Halal Festival 2025 🌟 Alhamdulillah — selesai sudah penglibatan kami...
Posted by Bebiri World on Wednesday, October 22, 2025